Sekejapnya...
[gallery]
Terlalu pantas masa berlalu... terasa baru sahaja melalui detik kelahiran. Seakan-akan terbayang-bayang saat melihat sunan melalui kegetiran antara hidup dan mati. Terasa seperti sunan baru sahaja dihidupkan semula oleh Allah s.w.t dari kematian. Entah sudah berapa kali sudah aku sujud syukur kerana Allah menghidupkan sunan kembali! Sesungguhnya sunan adalah anugerah yang paling ajaib dalam hidup kami sekeluarga. Ya Allah ini adalah amanahMu, aku memelihara dan mengasuhnya keranaMu, maka akan ku didiknya dengan aturanMu. Berikan kami kekuatan.
Sunan kini berusia 11bulan, sudah pandai berjenaka dan sedang belajar bercakap dan berjalan. Sungguh agung kurniaanMu... Inilah nikmat yang tidak dapat diungkap dari kata-kata. Aku tidak menjangkakan yang aku membesarkan dan menyusukan seorang hambaMu. Jadikanlah hambaMu ini hamba yang taat, akur dan kuat mendokong syariahMu. Hanya Engkau Tuhan yang kami sembah dan kami besarkan.

pnajang dh rambut sunan...betul kan sekejap benar masa berlalu...dlu msa akak bru kenal nurul kat sek men kita tak lah terlalu rapat tp kini kini makin rapat dan sedar tak sedar kini nurul dah ada anak yg comel mcm nurul....masa terus berlalu moga kita lebih cekal dalam mengharungi hdup ini..amin...
eeemm yela rmbtnye da pjg... kt pun makin rapat... akk pun skrg da peknen... hihi... smg Allah berkati dan rahmati hidup kita semua. Amin