Biodata Iblis
Pengenalan Diri
Nama Penuh : Iblis La’natullah.
Tarikh Kelahiran : Sejak is enggan sujud kepada Adam setelah diperintahkan oleh
Allah.
Status Diri : Fasiq kelas pertama.
Agama : Kufur.
Tempat Tinggal : Hati-hati orang yang lalai.
Kawasan/Daerah : Semua tempat yang tidak ada di dalamnya usaha mengingati
Allah.
Arah Perjalanan : Bengkang-bengkok ( tiada haluan ).
Tempat Tinggal Tetap : Neraka jahanam.Tempat yang paling celaka.
Isteri Di Dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat.
Kaum Kerabat : semua golongan tirani ( taghut ).
Status Perniagaan
Modal Pusingan : Angan-angan kosong.
Tempat Pertemuan : Pasar.
Musuh/Saingan : Tiap orang Islam.
Dalil atau Hujah : Fatamorgana ( maya ).
Motto Kerja : “ Hipokrasi asas akhlak ”.
Uniform Kerja : Segala warna; seperti sesumpah. Tiap tempat ada warnanya.
Kesukaannya : Orang yang lalai dari mengingati Allah.
Kelemahkannya : Istighfar.
Lambang Korporat : Sebarang tatu.
Pejabat : Tandas dan bilik air.
Sifatnya : Muzabzab. Mengikut angin; Menurut keperluan.
Rakan-Rakan Kongsi : Golongan munafik.
Sumber Rezeki : Harta haram.
Bilik Operasi : Tempat-tempat najis dan maksiat.
Jenis Perkhidmatan : Menyuruh yang mungkar dan melarang yang maa’ruf.
Arahannya : Selalu mengarahkan supaya manusia melakukan kebejatan
( perkara-perkara yang tidak baik ).
Jawatan : General Manager golongan al-Maghdhubi alaihim dan golongan
ad-Dhallin.
Tempoh Berkhidmat : Sampai hari kiamat.
Arah Perjalanan : Jalan ke neraka.
Laba Perniagaan : Habaan Manthura ( masuk angin keluar asap ).
Rakan Kongsi : Syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia.
Teman Sejawat : Orang yang berdiam diri tidak menyatakan kebenaran.
Jenis Tunggangan : Pembohongan.
Ganjaran : Dosa dan segala jenisnya.
Kaedah Komunikasi : Mengumpat, mengadu domba dan mengintip.
Makanan Kegemaran : Daging orang mati Ghibah.
Yang Ditakuti : Mukmin yang bertakwa.
Yang Dibenci : Orang yang selalu mengingati Allah; baik lelaki mahupun wanita.
Daya Tahan : Sesungguhnya tipu daya syaitan sangatlah lemah.
Perangkapnya : Wanita.
Kegemarannya : Menggoda dan menyesatkan.
Cita-Citanya : Supaya semua orang menjadi kafir.
Ajalnya : Pada waktu tertentu menjelang kiamat.
Kerja Kesukaan : Homosex dan lesbian.
Kod Isyarat Pekerjaan : “ Aku ” , sebutan egoistik orang yang takabbur.
( untuk pengikutnya )
Para Penghiburnya : Seniwati dan seniman.
Janji-janjinya : Menjanjikan kefakiran.
Menangis Apabila : Orang sujud kepada Allah.
(Petikan dan susun-suai dari kitab : al-Waqiyah minaljin was syaitan)