Selawat Tafrijiyah
اللَّهُمَّ صَلِّى صَلَوتًا كَامِلَة، وسَلِّمْ سَلاًمًا تَامًا عَلَى سيدنا محمدنِ الَّذِي تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقَد، وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْقُرَب، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِج، وَتُنَالُ بهِ الرَّغَائِب، وَحُسْنُ الْخَوَاتِم، وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيم، وَعَلَى الهِ وصحبهِ فِي كُلِ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَك.
Saya memohon kemaafan jika ada berlaku kesilapan kerana saya menulis semula apa yang telah dihafaz. Marilah bersama kita mengamalkannya. Ada peraturan dan jumlah yang ditetapkan. Antaranya baca sebanyak 313 kali sama jumlah dengan jumlah ahli badar dan jumlah nabi dan berhajatlah. InsyaALLAH permohonan kita dimakbulkan ALLAH. Jika berhajat sesuatu yang diluar jangkauan permikiran kita yang mana hati orang lain tidak pernah terlintas tentang perkara tu mungkin boleh berlaku bacalah sebanyak 4444 selama lapan hari setiap kali selepas solat. Juga kalau kita nak ellakkan rumah kita dari ditimpa bencana atau dimasuki pencuri maka beramallah dengan membaca selawat ini. Saya telah mengamalkan selawat ini sejak tahun lepas lagi. Jika saya menghadapi apa sahaja kesulitan lantas saya membaca selawat ini. Alhamdulillah saya dipermudahkan. Semasa mengandung juga mengamalkannya, Alhamdulillah segala alahan pun Allah permudahkan.