Keburukan Susu Terhadap Kesihatan
Panduan CAP
Persatuan Pengguna Pulau Pinang
[gallery]
Ummuhaq dan suami sebenarnya sangat tidak sukakan susu kerana bau susu seperti lembu (manakan tidak datangnya dari lembu). Saya agak menjadi gelisah akan hal ini lebih-lebih lagi semasa mengandung. Tetapi, pada bulan lepas, kami gembira kerana minuman yang kami bencikannya sekarang sudah berasas. Kenapa? Susu lembu 100% tidak mendatangkan kebaikan.
Mengikut kajian pada 1989 yang diterbitkan dalam Nutrition and Cancer, mendapati kaitan antara pengambilan susu lembu dan mentega dengan risiko perkembangan limfoma bukan hodgkin, iaitu kanser sistem imun.
Menurut artikel itu, "Paras protein susu lembu yang tinggi, beta-lactoglobulin juga ditemui dalam darah pesakit kanser paru-paru."
Pedatrik juga memberi amaran ia boleh mencetuskan tindak balas alergi, anemia dan diabetes dalam kalangan kanak-kanak kecil. Ahli kardiologi berkata, ia boleh menyebabkan arteri tersumbat. Saintis berkata ia boleh menyebabkan kanser dan ahli antropologi berkata selepas usia 2 tahun kita tidak memerlukan susu.
Susu sebenarnya tidak mencegah osteoporosis, sebaliknya boleh menyebabkannya. Hal ini berlaku akibat kehilangan kalsium. Sejak 1920 an, saintis menyedari bahawa diet yang tinggi protein menyebabkan kalsium hilang melalui air kencing. (Protein terdiri hanya 15% daripada tubuh manusia) Pengambilan protein pada paras yang tinggi menggandakan pengeluaran kalsium melalui air kecing dan diet protein binatang yang tinggi akan meningkatkan lagi kesannya.
Menurut satu kajian terkemuka di China, anda tidak perlu meminum susu untuk mencegah Osteorosis. Kebanyakan orang cina tidak mengambil produk tenusu dan sebagai ganti mendapat semua kalsium mereka daripada sayuran. Walaupun orang cina mengambil hanya separuh kalsium berbanding orang Barat, osteoporosis tidak biasa di China sebaliknya jangka hayatnya ialah 70 tahun.