Kasihan Pokok


Pada satu hari yang panas terik, saya dan sifu taj dalam perjalanan dari kedai untuk pulang ke rumah makan tengah hari. Rumah kami berdekatan dengan banjaran kita yang terpanjang iaitu banjaran titiwangsa. Saya memerhati tumbuhan di sekitar rumah kami, saya berasa sedih. Lantas suami bertanya kepada saya, "termenung apa?"
Saya menjawab, "ni ha tengok pokok-pokok... rumput..."
"kenapa dengan pokok tu?"
"kesian pokok dan rumput, terpaksa berpanas dan berhujan tiada tempat untuk berteduh. Satu langkah pun tak berganjak, tanda akur dan taat akan sunnatullah." Sayu hati saya.
Suami terdiam seketika.
"Kenapa abang diam?" Saya pula yang bertanya.
"Hebat isteri abang, naluri sufi. Abang tak pernah pun terfikir. Isteri abang memang orang hijau (personaliti warna). Benda yang orang tak fikir, itu yang isteri abang fikir."
"Yeke bang? Nurul rasa biasa je..."
"Nurul kena masukkan benda-benda yang nurul fikir untuk berkongsi dengan orang lain."

Oleh itu, di sinilah saya salurkan apa yang saya fikir tentang persekitaran saya. Sebenarnya saya berasa malu dan hina jika dibandingkan dengan tumbuh-tumbuhan. Jika kita sebut pasal akidah, akidah pokok-pokok tidak dapat dibandingkan dengan akidah manusia. Mereka akur dengan perintah Allah s.w.t agar terus hidup, berbakti kepada manusia dan membesar di tempat yang telah ditakdirkan. Sejuta rintangan, tabah meneruskan hidup. Sampai masa untuk menyahut seruan Ilahi, mereka layu kekeringan. Hebatnya hamba Allah yang bernama pokok dan rumput.

Wahai manusia, yang angkuh lagi bongkak. Insaflah, jika dibandingkan kamu dengan hamba Allah yang bernama pokok dan rumput 'jauh langit dengan bumi'.
0 Responses